Utama / Jawapan / Tentang Lucco Boss

Berapa lama untuk bina sistem khas?

Modul ringkas atas platform sedia ada boleh siap dalam 1 hingga 3 minggu. Kebanyakan sistem khas ambil 1 hingga 2 bulan. Sistem dengan banyak integrasi, pindah data atau keperluan pematuhan ambil lebih lama.

Langkah biasa

Mula dengan mesyuarat untuk faham cara kerja anda sekarang. Kemudian skop bertulis dan sebut harga. Selepas itu pembinaan, dengan demo yang anda boleh cuba sepanjang jalan. Akhir sekali ujian dengan data sebenar, latihan staf dan mula guna.

Apa yang melambatkan

Sambungan ke sistem luar seperti bank, POS atau LHDN, pindah data yang bersepah dari sistem lama, banyak peranan kelulusan, beberapa cawangan, dan maklum balas yang lambat. Jawapan yang ambil seminggu tambah seminggu pada projek.

Cara siap ikut masa

Lantik seorang di pihak anda yang membuat keputusan. Hantar contoh dokumen awal: borang, laporan, senarai harga. Mula dengan bahagian yang paling jimat masa, guna dahulu, kemudian tambah bahagian seterusnya.

Cara Lucco buat

Lucco bina atas Lucco Boss, jadi log masuk, staf, pelanggan, invois dan bayaran sudah ada. Sebab itu kebanyakan projek Lucco siap dalam 1 hingga 2 bulan. Anda dapat 2 pusingan perubahan percuma dan waranti 1 bulan selepas serahan.

Dikemas kini · Lucco Technology

Buka Boss anda dalam dua minit

Tiada kad. Staf anda guna di telefon sendiri.

Mula percuma