Cara mohon WhatsApp Business API
Proses penuh untuk PKS Malaysia, langkah demi langkah, dengan tiga tempat orang paling kerap tersekat.
Kemas kini terakhir September 2026
Pastikan dulu anda perlukannya
WhatsApp Business App percuma sudah boleh buat banyak perkara. Anda perlukan API dalam beberapa keadaan: nak balasan automatik atau AI, nak beberapa pekerja guna nombor sama serentak, nak sambung sistem sendiri (POS, CRM, kedai dalam talian), atau nak hantar mesej pemberitahuan yang diluluskan Meta.
Kalau anda seorang diri membalas pelanggan guna telefon, app percuma sudah cukup. Perbandingan penuh dalam Business App vs Business API.
Tiga perkara yang anda perlukan
- Pendaftaran SSM. Tidak boleh mohon atas nama peribadi. Enterprise atau Sdn Bhd dua-dua boleh
- Akaun Facebook Business Manager yang sudah lulus Business Verification
- Satu nombor telefon yang tidak sedang aktif di WhatsApp atau WhatsApp Business App
Yang ketiga paling ramai tersangkut, jadi ada bahagian khas di bawah. Senarai penuh dalam Apa perlu disediakan sebelum mohon.
Langkah-langkahnya
Pergi ke business.facebook.com dan daftar dengan nama syarikat, alamat dan laman web. Butiran mesti sama dengan dokumen SSM. Butiran yang tak padan ialah punca penolakan paling biasa.
Muat naik dokumen SSM dan penyata bank syarikat atau bil utiliti yang menunjukkan alamat. Meta biasanya balas dalam 1 hingga 3 hari bekerja, kadang-kadang lebih lama.
Tambah WhatsApp sebagai aset dalam Business Manager dan tetapkan Display Name. Nama paparan mesti berkaitan dengan perniagaan sebenar anda. Nama rekaan akan ditolak.
Pengesahan melalui SMS atau panggilan suara. Kalau nombor itu pernah guna WhatsApp, padam akaun itu di telefon dahulu dan tunggu sebelum mengikatnya.
Caj mesej dibilkan di sini. Meta minta setiap akaun ada kaedah pembayaran, dan mulai 1 Oktober 2026 kad ini yang dicaj selepas anda melepasi 1,000 mesej perkhidmatan percuma sebulan.
API tiada skrin sendiri. Anda perlukan platform untuk hantar dan terima mesej, beri akses pekerja, dan sambung AI. AI Admin (balasan AI + WhatsApp) dalam Lucco Boss ialah platform seperti ini: AI membalas di nombor WhatsApp Business API anda sendiri, guna harga, produk dan waktu buka yang sudah ada dalam Boss. 500 balasan sebulan percuma, dan AI Admin RM2,300 setahun, sama selama 3 tahun.
Berapa lama
Business Verification 1 hingga 3 hari bekerja. Semakan dan pengaktifan nombor boleh siap pada hari yang sama. Bahagian itu jadual Meta dan tiada pembekal boleh memendekkannya. Janji "semua siap dalam sehari" biasanya merujuk kepada app percuma atau kaedah tidak rasmi.
Tiga tempat orang tersekat
Nombor sudah aktif di WhatsApp
Penyelesaian: guna nombor baharu sebagai "talian AI" dan biarkan nombor sedia ada berjalan seperti biasa. Inilah yang kami cadangkan kepada kebanyakan perniagaan, supaya perniagaan anda terus berjalan semasa permohonan.
Business Verification ditolak
Sembilan daripada sepuluh kes ialah butiran tak padan: nama syarikat atau alamat dalam Business Manager berbeza daripada dokumen SSM, atau fail yang dimuat naik terlalu kabur. Betulkan dan hantar semula.
Nama paparan ditolak
Meta mahu nama paparan berkaitan perniagaan sebenar. Elak HURUF BESAR semua, elak selitkan kata kunci, elak apa-apa yang hampir dengan tanda dagangan orang lain.
Dikemas kini · Lucco AI