Sistem sebut harga, invois dan kerja untuk kontraktor renovasi
Untuk kontraktor renovasi dan pereka dalaman, Lucco Boss hantar sebut harga yang pelanggan terima secara online, kutip deposit dan bayaran seterusnya mengikut peringkat, dan jejak setiap kerja dengan senarai semak. Gaji dan akaun adalah percuma. Kos kerja dan tuntutan kemajuan mengikut cara anda ialah kerja khas oleh Lucco di Johor Bahru.
Hantar sebut harga
Sebut harga tanpa had dan percuma. Pelanggan buka pautan, terima secara online, dan sebut harga jadi invois.
Deposit dan bayaran berperingkat
Bahagikan kerja kepada deposit dan peringkat bayaran. Pelanggan bayar setiap peringkat online terus ke akaun Billplz, toyyibPay atau Stripe anda.
Jalankan kerja
Buka pesanan kerja dengan senarai semak supaya pasukan anda tanda setiap perkara di tapak.
Susul prospek
Setiap pertanyaan masuk saluran jualan dengan peringatan. Kad nama digital anda kumpul kenalan baru semasa lawatan tapak dan di bilik pameran.
Yang sesuai untuk perniagaan ini
Sebut harga & invois
Tak perlu tunggu "OK bos, confirm" dalam chat. Pelanggan terima pada sebut harga itu sendiri dan anda dapat notifikasi.
Percuma: 10 invois sebulan, sebut harga tanpa had, bayaran dalam talian ke gateway andaStok & pesanan kerja
Pilih produk untuk dikira. Ada harga kos dan amaran stok rendah.
Percuma: stok, pesanan kerja dan pembekalSenarai pelanggan & susulan
Boss senaraikan siapa yang baucar atau matanya hampir tamat, hari jadi bulan ini, atau lama tidak datang.
Percuma: senarai pelanggan, susulan, saluran jualan dan peringatanGaji
KWSP ikut Jadual Ketiga, PERKESO dan SIP ikut jadual PERKESO, PCB ikut kaedah berkomputer LHDN.
Percuma: gaji untuk sehingga 3 stafKad nama digital & halaman syarikat
Hantar di WhatsApp, letak pada QR, atau tap kad NFC.
Percuma: kad nama untuk pasukan dan halaman syarikatSoalan yang bos selalu tanya
Boleh kira kos dan untung setiap kerja?
Kos kerja ialah kerja khas. Lucco bina modul khas di Johor Bahru dari , di atas Boss anda.
Boleh pelanggan terima sebut harga online?
Boleh. Mereka buka pautan di telefon dan terima. Anda nampak dalam Boss serta-merta.
Boleh buat tuntutan kemajuan?
Hari ini Boss bahagikan invois kepada deposit dan peringkat bayaran. Tuntutan kemajuan dengan format penilaian anda sendiri ialah kerja khas.
Berapa harganya?
Sebut harga tanpa had dan percuma, bersama 10 invois sebulan, gaji untuk 3 staf dan akaun. Modul Tanpa had RM690 setahun.